Looking For Web Hosting?

Looking For Web Hosting?

1 Month Ramadhan Promotion | 20% DISCOUNT OFF (Expired 11 Sep 2010), click here.


Salam Ramadhan buat teman2 bloggers Muslim teratak ini.

Entry kali ini saya ingin mempromosi Baitulbytes Hosting. Mungkin agak terlewat saya mempublish namun sekurangnya moga ia tetap memberi manfaat pada teman-teman.

Baitulbytes telah mengemaskini harga pakej ‘Shared Hosting’ Hajar Biz dan Absyar.

Berita baik disini adalah, semua pakej dibawah HAJAR BIZ dan ABSYAR kini dilengkapi dengan ‘Free Domain Name’.

‘Free Domain Name’ untuk kedua-dua pakej ini adalah secara (default).

Sempena pelancaran harga baru dan termasuk ‘Free Domain Name’ ini juga, Baitulbytes melancarkan 20% Diskaun untuk kedua-dua pakej ini.

Pakej ini bagi saya amat menarik. Jadi apakata teman-teman merebut peluang yang ada ini sebaik mungkin?

Sebagaimana yang diketahui oleh kawan-kawan followers dan add blog ini, blog ini pernah mengalami masalah. Hampir beberapa minggu masalah itu menyelubungi blog ini. Situasi itu menyebabkan blog ini tak lagi berada pada pagerank ke 2..

Masalah yang menimpa blog ini dan website utama memberikan banyak pengajaran kepada saya yang sangat newbie dalam dunia blogging ini.

Mungkin inilah cabaran sebagai blogger. Hidup sebagai blogger memang tidak dinafikan pasti ada pahit, ada manisnya. Antara alam realiti dan alam maya, pasti keduanya sebenarnya saling memaut.

Maka itu, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana setelah berhijrah kepada hosting baru, alhamdulillah tiada masalah yang timbul.

Berdasarkan pengalaman saya, Alhamdulillah penyedia hosting ini sangat mesra alam dan mementingkan services after sales. Semoga sikap mereka ini berkekalan sampai bila-bila….

Apa yang saya suka ialah akan sikap kakitangannya yang berusaha semaksimum mungkin untuk membantu saya yang masih newbie dalam selfhosting.

Situasi ini mengingatkan saya kepada beberapa soalan daripada rakan-rakan bloggers kepada saya sebelum ini yang inginkan blog .com atau .net sendiri.

Jadi, apakata mulakanlah langkah awal dengan mendapatkan hosting yang baik dan menepati citarasa anda. :)

1 Month Ramadhan Promotion

20% DISCOUNT OFF (Expired 11 Sep 2010)

*Normal Price (RM) for 1 year

**Ramadhan Promo

Free Domain Name

* FREE Domain Registration is only applicable to annually payment only.

* FREE Domain Registration applies to the following extensions only: .com,.net,.biz,.org,.info.

* FREE Domain has to be the primary domain name of the associated hosting account.

Silalah ya kawan-kawan klik sini.

Posted in catatanku, internet | 2 Comments

Kongsi Cerita

Kongsi Cerita Perjalanan Semalam Dalam Hidup Saya

Alhamdulillah, di kesempatan ini saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya masih dipanjangkan usia. Alhamdulillah hari ini sekali lagi saya masih berkesempatan merasai nikmat ibadah puasa di bulan ramadhan…

Saya ingin berkongsi kisah perjalanan sehari dalam hidup saya. Jom kita lihat gambar-gambar ini;

2 keping gambar yang sempat dirakamkan semasa dalam Unit Fisioterapi. Pertama kali ke unit ini di Hospital Jengka.

Pada pagi saya di sana, ramai juga yang mendapatkan rwatan di sini. Banyak pengajaran, iktibar dan ilmu yang saya kutip sepanjang berada di sini. Jika sebelum ini, di sebuah hospital di Kuantan, sering kedengaran suara anak-anak kecil yang menangis sewaktu latihan pemulihan dijalankan oleh fisioterapis. Namun di sini waktu saya hadir tiada kelibat anak kecil.

Tangisan daripada warga emas yang sedang menjalani terapi menginsafkan diri sendiri. Memberi warna berbeza untuk diri ini. Apapun tahniah buat warga kerja unit fisioterapi di sini atas komitmen mereka pada tugas.

Masjid Abu BakarĀ  Temerloh.

Menyusur sungai yang memberi seribu makna, seribu memori. Sungai yang merakamkan pelbagai momen sejarah. Sungai yang pernah saya dengar melalui lisan allahyarhamah nenek. Lantaran kembara salah seorang keluarga kami di sini sewaktu selepas perang dunia pertama. Membawa hati yang lara di bumi yang sungguh indah lagi kaya dengan hasil buminya.

Aturan Tuhan. Akhirnya di sini jua saya berada… Melihat Masjid Abu Bakar. Hati terasa syahdu sewaktu melihat anak-anak yang baru keluar dari kawasan masjid dengan berpakaian seragam sekolah.

Bihun Sufi, bihun yang dihasilkan oleh Muslim. Pastinya halal lagi suci. Rasanya enak. Kalau nak, boleh dapatkan daripada kami.


Posted in catatanku | 17 Comments

Salam Ramadhan…..

Salam Ramadhan Buat sahabat maya

Assalamualaikum dan salam ramadhan buat teman-teman bloggers, khususnya sahabat followers dan add blog.

Diam tak diam rupanya sudah lama saya menyepikan diri dari rumah maya ini. Rindu sebenarnya nak menziarahi rumah maya kawan-kawan follower semua.

Diam tak diam rupa-rupanya, bukan setakat saya sedang mengemaskini rumah kami, baitunna jannatuna alam realiti bahkan rupanya rumah myraudhatulukhuwah juga.

Sebenarnya penat berpindah 2 bulan lalu masih belum hilang.

Maaf ya kawan-kawan saya tak dapat menjejaki rumah maya kawan-kawan. Antara faktornya, saya sedang menyesuaikan diri dengan situasi baru saya setelah lama menjadi temporary housewife.

Kedua sebelum ini perjalnan pergi kerja bermula pukul 6.15 pagi dan sampai ke rumah pula selalunya 7.00 malam membuatkan saya memang tidak mampu membuka mata melihat blog saya ini dan yang lain melainkan satu.

Yang satu itu pun disebabkan kecintaan daya pada bidang pendidikan. Kalau sudah cinta, pasti segala halangan tiada lagi, kans…Adus banyaknya alasan saya kan?

Dan yang sebenarnya, sekarang di tempat baru saya ini line broadband macam biskut chipsmore. Kejap ada, kejap takde. Jadinya, kebosanan tahap gaban sewaktu nak menunggu dapat line membuatkan saya malas beronline lagi.

yalah kalau tunggu sampai 15 minit baru dapat masuk blog kita, saya rasa lebih baik saya berehat seketika sehingga lah dapat wireless kembali. Maklumlah saya ni nak duduk lama-lama hadap komputer, buat masa ini tidaklah digalakkan demi kebaikan saya juga.

InsyaAllah saya sedang mengemaskini blog ini. Dan cuba membuatkan blog ini seringkas mungkin agar tidak mengganggu website utama blog ini. :( . (Sedih ni,entah bila moderator website utama punyai masa untuk bangunkan kembali webnya)

Saya taknak pisang berbuah 2 kali.

Jika kawan-kawan sudi, silakanlah jenguk blogspot yang wujud sebelum rumah maya ini, ya. Klik sini…

myukhuwwah

Juga educational blog yang biasa-biasa saya tu..

Sempena Ramadhan yang bakal menjelang, saya mengambil kesempatan memohon ampun maaf pada kawan-kawan andai ada tersilap kata terkasar bahasa sepanjang kita saling ziarah menziarahi di alam bloggers ini.

Semoga Allah merahmati pertemuan kita ini meski di alam maya…

Posted in Uncategorized | Tagged | 9 Comments

Hello world!

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!

Posted in Uncategorized | 9 Comments